Thursday, March 26, 2009

Buatmu teman...

Perjalanan ini yang masih jauh…
Bagaikan berkurun berlari-lari bersama…
Dibawah terik matahari…
Dibasahi hujan yang tiada henti…
Sepantas langkah kita mengejar mimpi…

Ada masa diri ku ketinggalan…
Namun kau menanti ku dihadapan…
Menoleh dan menyambut tangan ku ini…
yang terjatuh,terluka dan hampa.. .
Sahabat ku..
Diri mu membangkitkan segala asa ..
Dijiwa sanubari terpatri…
Erti persahabatan yang sejati…
Bersama kita meniti sang pelangi…

Likuan-likuan perjalanan…
Ranjau kehidupan yang berduri..
Tidak sedikit pun menggugat perasaan…
Tomahan,hinaan dan kutukan…
Menjadi api pembakar semangat perjuangan…

Kita tetap terus berlari…
Dipersada yang terjawab satu kegagalan…
Namun mengertilah bahawa…
Kegagalan itu bukan satu Kekalahan…
Sebenarnya kita telah berjaya..
Berjaya kerana berani untuk mencuba…
dan berusaha…
Memiliki sebuah memori yang cukup..
Tidak ternilai harganya…

Sahabat ku..percayalah..
Dihujung perjalanan ini menantilah..
Sang pelangi yang indah dan berseri..

0 comments:

 
blog template by suckmylolly.com